Menghilangkan bau pada mengisar
Selalu kita guna pengisar untuk mengisar bawang , cili dan pelbagai lagi. Pengisar itu juga digunakan untuk mengisar buah-buahan. Jadi untuk menghilangkan bau yang tidak sedap , potong limau nipis 3-4 biji dan kisarkan.
Segarkan kubis
Bagi mengelakkan pembaziran kubis dari menjadi layu atau luntur, potong pada bahagian atasnya dan sapukan sedikit garam. Seterusnya boleh disimpan.
Menghilangkan getah nangka ditangan dan pisau
Sapukan tangan dan pisau yang digunakan memotong buah nangka dengan minyak masak.
Kulit tomato mudah tanggal
Rendamkan tomato dalam air panas selama 5 minit.. seterusnya boleh dikupas.
Tauhu tahan lama
Cuci tauhu dengan air bersih, tos kan tauhu hingga kering, lalu tuangkan air panas. Biarkan hingga air menjadi sejuk.
Kacang hijau cepat kembang untuk masak bubur
Rebus kacang hijau bersama 1 sudu minyak masak. Seterusnya baru boleh masak bubur. Cara yang sama boleh dipraktikkan untuk memasak pulut hitam.
Cara buang lemak daging
Perakkan daging dengan tepung gandum selama 30 minit. Selepas itu cuci dan boleh dimasak.
Hilangkan bau petai
Rendamkan petai selama sejam dalam air beras, selepas itu boleh dimasak.
Ikan goreng lebih garing