Selasa, 13 Disember 2016

ucapan majlis persaraan atau penukaran tempat kerja




Assalamualaikum w.b.t

Yang berusaha____________________________, Pengetua SMK _______________________

Yang dihormati ______________________________Yang dipertua PIBG
______________________________________ NYDP PIBG

__________________ GPK Pentadbiran

______________________________________ GPK HEM

Rakan-rakan guru ,AJK PIBG  dan Jawatankuasa penganjur majlis

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, sebagai wakil guru ,saya diminta menyampaikan sepatah dua kata di majlis. Malam ini bolehlah dikatakan sebagai malam terakhir bagi kita dapat bersama-sama salah seorang rakan kita di dalam majlis rasmi seperti ini sebelum tiba tarikh rasmi Sebelum bersara / bertugas sekolah baru beliau kunjung tiba .
1.     
Tuan-tuan , puan-puan  dan rakan-rakan sekalian,

Tujuan majlis ini diadakan, sebagai penghormatan kepada sahabat kita serta mengenangkan kembali jasa –jasa beliau selama bersama kita , malahan untuk  kita  beramah mesra sesama kita. Melunaskan rasa rindu kita kepada
sahabat  kita  sebelum pemergian beliau dari kita. Bercakaplah dan bersapalah di majlis ini sepuas-puasnya dengan beliau selagi ruang masih ada. Sudah tentu ada kata-kata hikmah dan pesanan yang akan menjadi ingatan dan panduan kepada kita untuk menjadi pendidik yang berjaya dan berkarisma seperti beliau.

Tuan-tuan , puan-puan dan rakan-rakan sekalian,

Kami sebenarnya merasai satu kehilangan besar di sini,pemergian  dari sekolah adalah satu kerugian , beliau umpama sebutir permata di lautan luas. Saya amat menghormati  cara beliau bekerja sepanjang perkhidmatan beliau di sini, kami akui  kerajinan ,kreabiliti, iembut, mesra, mudah dibawa berbincang, penuh kasih sayang , penuh rasa empeti dan menghargai hasil kerja rakan-rakan walaupun sedikit sahaja sumbangan kami kepada beliau. Walaupun begitu dalam berlembut tetap ada tegasnya,teguran dan nasihat yang sahabat lontarkan akan kami ingati.


Tuan-tuan ,puan-puan dan rakan-rakan sekalian,

Masa beredar terlalu pantas. Kami rasa seperti baru semalam mengenali beliau sebagai rakan sekerja.  Sedar-sedar rakan  kita akan mencapai persaraan wajakan meninggalkan kita dalam beberapa hari  lagi. Adalah diakui bahawa banyak sumbangan dan peranan yang telah beliau lontarkan demi meningkatkan lagi kreadibilti kita sebagai seorang guru. Pelbagai kerjasama yang kita lakanakan untuk menjalankan amanah untuk kecemerlangan sekolah. Akhirnya tetap ada perpisahan, sahabat perpisahan ini hanya perpisahan tempat kerja tapi bukan ikatan antara kita semua. Jenguk-jenguk la kami disini , tegur-tegur la kalau berjumpa dan telefon-telefon la kami jika ada kelapangan.

Tuan-tuan ,puan-puan dan rakan-rakan sekalian,


Rasanya saya tidak mahu berucap panjang kerana saya ada lagmemberi peluang  bahagian tetamu kehormat ingin berucap. Akhir
sekali terimalah pantun daripada saya

Pergi berjalan di tengah kota
SInggah sebentar meminum kopi
Biar jauh pandangan mata kita
Ikatan persahabatan  telah kusematkan dihati

Sekian,terima kasih