Jumaat, 23 Disember 2016

Tom Yam Campur Cik Bunga..... boleh juga tak mau campurpun ...resepi lebih kurang ja




Bahan-bahan:
Ayam - 1/4 ekor (dipotong kecil)
Daging - 250 gm (dipotong kecil)
Udang dan sotong –  sedikit
Bahan A –
Potong  Halia 2 inci ,bawang merah  2 ulas dan  bawang putih 5 ulas
 Cili api 20 biji  belah 2 ( campur merah dan hijau)
Perencah tomyam
Bahan-bahan lain
Minyak masak - 1/5 cawan
Serai - 1 btg serai (diketuk) - lebih pun boleh
Lobak merah - 2 btg (dipotong)
Bunga kubis - 150 gram
Putik jagung - 2 bungkus
Tomato - 3 biji (potong 4)
Bawang besar - 3 biji (potong 4)
Daun limau purut - 3 atau 4 helai
Limau nipis 2 biji - ambil airnya,
Sedikit air asam jawa ( ramas seketul asam jawa sebesaribu jari)
Batang saleri - 2/3 btg dari sepokok (potong panjang 1/2 in) cili api - diketuk (jika rasa perlu untuk tambahkan kepedasan)
Air
Garam 1 sudu besar
Bahan perasa
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dalam periuk, dan tumiskan bahan2 yang dipotong (Bahan A). Bila perang masukkan pes / perencah tomyam
2. Masukkan juga serai yang telah diketuk. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging yang telah dipotong. Masak sehingga empuk. Dalam proses ini, sedikit air perlu .
4. Air ditambah, hanya utk menyempokkan daging.
5. Bila daging telah empok, masukkan ayam. Masak lagi sehingga ayam 3/4 masak. Tambahkan air hingga paras air tu... 1 1/2 kali ganda dari bahan2 yang ada didalam periuk tu.  Biar air mengelegak.
6. Masukkan udang. Masukkan lobak merah, putik jagung dan bunga kobis. Masukkan juga daun limau purut. Cili api yg telah dibelah dua.
7. Masukkan jua... tomato dan bawang besar, serta batang saleri. Sos ikan dan garam serta bahan perasa jika berminat. Pastikan mengelegak.... dan tutupkan api.
8. Akhir sekali masukkan perahan air limau dan asam jawa.