Khamis, 22 Disember 2016

Kacang Botol Goreng Dengan Meatball versi Cik Bunga

Bahan-bahan menumis

1/4 cawan minyak masak
8 biji cili melaka yang ditumbuk
sedikit belacan
5 ulas bawang putih  dan 2 ketul bawang merah yang ditumbuk
segengam ikan bilis yang ditumbuk
1/2 sudu kecil garam kasar
1/3 sudu kecil ajinomoto

Tumis semua bahan diatas sehingga hampir2 garing, 2 cawan air dimasukkan biarkan mendidih , masukkan meatball 20 ketul, biarkan kuah menyalut meatball  baru masukkan kacang botol yang telah dipotong ( kacang dalam 15-25 biji).Kacau biar seminit, padam api.