Sabtu, 3 Disember 2016

simple recipe : ayam goreng masak kunyit

Sebelah ayam yang potong halus
1  sudu kecil kunyit
8 sudu besar  minyak masak
2 ulas bawang merah yang dipotong kecil
2 ulas bawang besar yang dipotong
2 biji cili besar atau 3 biji cili melaka ... ikut anda la
 4 ulas bawang putih yang dipotong kecil
3 ketul asam sebesar ibu jari diramas dalam semangkuk  besar air - hanya air asam diambil
1/2 sudu besar garam
1/2 sudu ajinomoto / hilal atau bahan perasa


cara memasak

Panaskan minyak dalam kuali
Bila minyak panas,masukkan bawang merah dan bawang putih, goreng hingga warna perang
Masukkan ayam, goreng hingga air hampir kering
Masukkan air asam, garam dan perasa, biarkan hingga mendidih dan air hampir kering
Masukkan bawang besar dan cili
Biar hingga kuah menyalut
Tutup api
* sebenar  ayam boleh diganti dengan daging, sotong,  udang atau  burung puyuh