Jumaat, 23 Disember 2016

Asam Pedas Tumis Ikan Pari Versi D Qaseh

 Bahan2 dan cara memasak

Minyak 1/2 cawan
Air asam satu mangkuk kecil
20 biji cili kering yang dibelender
5ulas bawang putih dan 1 biji bawang merah yang ditumbuk
1 biji tomato yang dimesin
kunyit hidup sebesar ibu jari ditimbuk / bpleh ganti 1 sudu kunyit serbuk
seketul belacan sebesar ibu jari
1sudu besar garam 1 sudu kecil ajinomoto
sekumtum bunga kantan / sedikit daun kesum
3 helai daun limau purut
1 batang serai yang ditumbuksedikit
Tumis semua bahan di atas

Apabila bahan-bahan diatas dah masak dan sebati , masukkan 4 mangkuk air, biar kuah mengelegak baru masukkan beberapa ketul ikan pari, biarkan ikan hampir masak , masukkan sedikit bendi dan tomato 2 biji yang dipotong 4. Biar kuah pekat dan menyalut ikat baru tutup api.