Selasa, 6 Disember 2016

Sambal tumis kerang

Bahan-bahan

Semangkuk  kerang yang direbus
8 sudu besar cili kering yang telah di blander
7 sudu besar  minyak masak
2 ulas bawang merah yang dipotong kecil
2 ulas bawang besar yang dipotong
 4 ulas bawang putih yang dipotong kecil
2 ketul asam sebesar ibu jari diramas dalam semangkuk air - hanya air asam diambil
1/2 sudu besar garam
2 besar gula


cara memasak

Panaskan minyak dalam kuali
Bila minyak panas,masukkan bawang merah dan bawang putih, goreng hingga warna perang
Masukkan cili kering yang telah di blander, goreng hingga warna perang
Masukkan air asam, garam dan gula, biarkan hingga mendidih
Seterusnya masukkan  kerang dan bawang besar
Biar hingga kuah menyalut kerang dan bawang besar
Tutup api