Khamis, 22 Disember 2016

Koteaw/ mee / bihun / maggi sup siam versi Cik Bunga

Bahan Kuah
 Sebelah ayam yang dipoton 4-5 ketul
Seketul halia dipotong halus
Bawang putih yang ditumbuk 8 ulas
1 paket perencah sup bunjut
1 kiub pati ayam
1 sudu besar garam
1/2  sudu kecil ajinomoto
1/2 cawan kicap ikan /sotong .. kalau thai panggil nam pla
Air 1 jag
Minyak masak untuk menumis 4 sudu

Cara membuat
Tumis bawang dan halia, hingga perang
Masukkan ayam , kacau hingga 2 minit
Seterusnya masukkan air, perencah sup, pati ayam,garam dan ajinomoto .. masakkan menggunakan api perlahan sehingga sup masak. Keluarkan ayam untuk dipotong kecil2 menggunakan garpu.

Bahan cabai cuka

1/2 cawan cuka
cili melaka / cili burung sebanyak 10 biji --- ditumbuk
Bawang putih 5 ulas ..... ditumbuk
1/2 sudu garam halus
1/2 sudu gula atau ajinomoto

Cara mrmbuat
Adun semua

Bahan2 untuk dimakan sebagai tambahan bersama 

koteaw/ mee / bihun / maggi sup siam

Meatballl, tauhu , fish cake  ..direbus seterusnya dipotong

Tauge, kangkung , kubis, sawi dicelur dan dipotong

Cabai besar digoreng kering dan seterusnya dibelinder

Ayam sup yang direlai / dipotong halus

Kacang tanah yang telah dimesin kasar / nak mudah beli yang siap
 Bawang goreng dan lobak asin
koteaw/ mee / bihun / maggi
Hidangkan semua