Jumaat, 30 Disember 2016

PELBAGAI RESEPI NASI DAN MEE DI MALAYSIA



RESEPI AYAM PENYET

Bahan-bahan ( 6 orang )

Untuk Ayam:

1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik.

½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau

½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau

3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau

1 sudu besar Serbuk Kari Ayam

1 sudu besar Serbuk Kunyit

½ sudu besar Serbuk Lada Putih

3 ulas Bawang Putih

1cm Halia

Sedikit Air

1 sudu kecil Garam

Minyak masak untuk menggoreng.

Untuk Sambal:

Sedikit minyak masak
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
3 sudu gula merah/secukup rasa
Untuk Nasi
3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
3 ulas bawang putih
satu btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit butter
garam
kiub pati ayam/daging
6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

Cara-cara

Untuk Ayam Penyet:

Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.

Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.

Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Sambal:

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.

Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.

Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.

Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.

Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.

Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.

Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk.

Panaskan sambal sebelum disajikan.

Untuk sup:

Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).

Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Nasi:

Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.

Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.

Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.



 Resepi Nasi Beriani Gam

Bahan-bahan (Untuk nasi)
1. 5 cawan* beras basmathi (or Beras Puteri)
2. 1 cawan ghee (minyak sapi)
3. 1 sudu teh buah pelaga
4. 1 inci kayu manis
5. 5 bunga lawang
6. 1 sudu teh jintan manis
7. setengah sudu teh koma koma (saffron)
8. 6 ulas bawang putih -hiris halus
9. 10 ulas bawang merah - hiris halus
10. 1 inci halia - hiris halus
11. 5 sudu makan rempah beriyani (pes)
12. Segenggam gajus
13. Segenggam raisins
14. 5 cawan air
15. Garam secukup rasa (*cawan = cawan kopi)

Cara memasak nasi:
1. Pijarkan minyak sapi
2. Tumiskan bahan hiris beserta buah pelaga,kayu manis,bunga lawang dan jintan manis sampai berbau harum
3. Masukkan rempah beriyani dan biar sehingga naik bau
4. Seterusnya masukkan beras dan kacau rata
5. Masukkan air sehingga menutup paras beras dan kacau rata
6. Masukkan saffron, gula dan garam, kacau rata
7. Kecilkan api.
Masak beras sehingga separa masak

Bahan-bahan untuk lauk:
1. 1 kilo daging batang pinang, potong anggaran 6×6x5 cm
2. 5 biji kentang (belah dua)
3. 8 biji telur rebus keras
4. Setengah cawan ghee (minyak sapi)
5. 1 sudu teh buah pelaga
6. 1 inci kayu manis
7. 5 bunga lawang
8. 1 sudu teh jintan manis
9. 2 biji bawang besar (yang kuning), hiris
10. 5 ulas bawang putih - kisar
11. 10 ulas bawang merah - kisar
12. 1 inci halia - kisar
13. 6 sudu makan rempah beriyani (pes)
14. Segenggam gajus
15. Segenggam raisins
16. Air - cover daging + 1 - 2 cawan extra
17. Tairu (perahkan 2 biji limau nipis ke dalam 1 gelas susu dan biarkan 15 minit)/1 cawan yoghurt
18. Garam secukup rasa
19. 1 atau 2 sudu makan tomato puri

Cara memasak lauk:
1. Pijarkan minyak sapi, tumiskan bawang besar, bahan kisar dan semua rempah campak (kulit kayu manis etc) hingga naik bau
2. Masukkan pes beriyani dan biar terbit minyak
3. Masukkan daging dan kentang dan air (1 inci atas paras daging & kentang). Didihkan.
4. Kecilkan api dan masak hingga daging empuk
5. Masukkan bahan bahan lain dan 3 - 4 cawan air lagi. Kacau rata.

Peralatan:
1. Alat kukusan
2. Kain muslin, untuk mengalas kukusan
3. Kain kapas yang agak panjang (3 meter)
4. Kanji/perekat (masak tepung kanji)

Cara:
1. Masukkan lauk yang separa masak kedalam periuk kukusan (tempat yang selalunya kita bubuh air). Tambahkan anggaran secawan air jika perlu dan gaul rata.
2. Alaskan periuk mengukus dengan kain muslin (buat 3 layers)
3. Masukkan nasi yang separuh masak ke dalam bekas kukusan
4. Tutupkan pengukus, Letak periuk mengukus atas periuk kukusan yang berisi lauk
5. Celupkan kain kapas dengan kanji
6. Lilitkan kain tersebut pada bahagian di antara periuk dengan pengukus. Pastikan iktannya agak kejap.
7. Letak atas api yang perlahan
8. Masak sehingga lebih kurang 1 jam
9. Buka lilitan dan buka tutup pengukus
10. Dengan menggunakan garpu, gemburkan nasi yang sepatutnya sudah masak
11. Kalau nasi masih belum masak, ulangi proses kukusan.Tambah air untuk lauk jika perlu.

Cadangan Hidangan:
1. Sendukkan 4 senduk nasi ke dalam pinggan hidang yang besar, ratakan
2. Letakkan 4 ketul daging, 4 ketul kentang dan 4 biji telur di atas nasi tersebut
3. Sendukkan 4 senduk nasi lagi untuk menutup lauk tersebut
4. Taburkan bawang goreng, daun saderi, daun bawang dan hati ayam yang telah digoreng garing dan dicincang.
5. Kuah beriyani tadi di hidangkan berasingan
6. Selain itu acar buah juga boleh dijadikan hidangan sampingan

info:
Memasak nasi biryani gam ini perlu dicuba beberapa kali untuk dapatkan kepekatan kuah yang tepat. Kalau first time, perlu di check selalu lauknya, kalau agak kering, tambahkan air, gaul rata dan sambung proses mengukus.




NASI TOMATO

Bahan-bahan:

4 cawan beras (dibersihkan dan toskan)
1 cawan susu segar
4 cawan air (kalau guna basmathi tambah secawan lg)
1 inci halia (potong panjang dan halus)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 helai daun bay
2 sudu besar tomato sos
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
3 biji tomato (potong dadu)
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak tuk menumis (aku guna minyak goreng ayam)

Cara:

1. Panas kan minyak dan tumis bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih sampai naik bau (aku kuar kan supaya tak terlalu kuat rasa dia nnt). Kemudian masukkan bawang besar dan masak hingga bawang layu.
2. Bila bawang sudah layu masukkan bawang putih dan halia kacau 1 minit sehingga naik bau wangi dan masukkan tomato masak sampai tomato tu hancur dan kering air dia.
3. Bila tomato dah kering dan hancur masukkan sos garam dan gula secukup rasa (kalau boleh korang bagi masin sikit supaya bila letak beras dia akan terasa) Kacau selama 1 minit kemudian masukkan daun bay dan juga sos tomato kacau rata lagi.
4. Masukkan beras dan kacau rata selama 1 hingga 2 minit.
5. Masukkan air dan juga susu kacau rata dan korang adjust lah rasa masin dia sesuai dengan beras nyer nanti, Tutup periuk dan tanak hingga nasi masak, siap tuk dihidangkan.. Boleh juga dihiaskan dengan kacang peas dan juga daun ketumbar dan bawang goreng.

  
Resepi Nasi Kerabu Biru
Sumber resepi : Tahrunnisah Jali

Nasi
3 cawan nasi
sedikit pewarna biru (bunga telang malas nak cari penah Nampak)
air secukupnya
4 helai daun limau purut di ramas
1 batang serai dititik
sedikit garam

basuh bersih beras..masukkan air secukupnya mcm nak masak nasi.. kemudian masukkan daun limau purut dan serai serta sedikit garam

Sambal tumis
(dimasak lebih awal...belah malam jika nak buat sarapan..lg sedap)
4 biji bawang besar atau 20 biji bawang merah**
3 ulas bawang putih**
secekak lada kering direbus dan dibuang bijinya (ikut kepedasan yang ada suka)**
sedikit halia**
sedikit kunyit hidup** kalau takde gunala kunyit serbuk
1 batang serai dititik
budu
garam, gula
belacan
santan pekat
sedikit air asam jawa
1/2 cawan minyak masak

Kisar bahan yang bertanda **.dgn sedikit air.. panaskan kuali dan isi minyak masak.. dah panaskan minyak masukkan bahan kisar..tumis sehingga pecah minyak ..masukkan serai, budu, garam gula, belacan...
tumis lagi kemudian masukkan santan pekat dan sedikit air asam jawa..masak sehingga ia pekat ..siap!!

sambal ikan + kelapa
3 ekor ikan kembung
2 biji bwang besar (sederhana besar)*
2 ulas bawang putih*
sedikit halia*
1cawan santan cair
1 sudu lada hitam ditumbuk halus
garam, gula
1 cawan kelapa parut - nak lebih pun boleh
kelapa parut digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan (api perlahan) ketepikan

ikan kembung dibuang perut dibersihkan dan direbus..air rebusan jangan dibuang .. kemudian ambil isi ikan sahaja
Kisar bahan bertanda sehingga hancur dan masukkan isi ikan tadi..kisar lagi..n tambah sikit air rebusan ikan tadi jika mesin tak le putar
kemudian menggunakan kuali.. panaskan 1 sudu minyak..masukkan bahan kisar tadi ..masukkan santan, lada hitam garam gula...masak sehingga ia agak kering...(rujuk gambar) kemudian rasa dah ok.masukkan kelapa goring tadi..kacau sebati..siap

Solok Ikan
2 ekor ikan kembung buang perut dan kaut isinya sahaja guna sudu
1/2 biji bawang besar
sedikit lada hitam lbh kurang 1/3 sudu besar
sedikit kelapa parut kelapa parut
garam n gula
tumbuk bawang besar, lada hitam, kelapa parut kemudian masukkan isi ikan kembung, tambah garam dan sedikit gula..tumbuk biar isi ikan hancur.. masukkan adunan ni dlm lada hijau yang telah dibelah bahagian tengahnya
kukus dlm 10 minit (saya kukus dlm periuk atasnya guna bekas penyejat dan tutup...

Sambal cuka (agak2 rasa sambal tumis tak pedas boleh buat sambal cuka)
cili padi
lada merah
cuka sikit
garam dan gula
1 ulas bawang putih di bakar sekejap

kisar kasar semua bahan utk sambal cuka..
bahan hiasan
kobis, kacang panjang, tauge, ulam raja ke, timun
keropok goring
daging bakar
lada cuka
budu



 NASI AYAM HAINAN
.
Stok aym:
Rebus tulang aym utk dptkn stok..lbihan stok hnya tmbh 2 kiub aym utk dibuat sup

NASI
2pot beras
Bhn tumis:
2ulas bwg mrh dihiris
1ulas bwg bsar dihiris
Setgh inch halia dihiris
1sb halia kisar
1sb bwg putih kisar
Serai sebtg diketuk
2ketul kiub aym
Mentega

Cara:
Panaskn mentega
Tumis bwg hiris, msuk bhn kisar, serai dn daun pndan..msuk kiub..grg beras sebentar..msuk air stok aym, msk hngga kering

Ayam:
Ayam whole leg 4ketul
Hiris halia 1inchi, bwg bsar 2 ulas dihiris..daun bwg diptg 1inchi
Kiub ayam seketul
Minyak bijan

Cara:
Aturkn aym dlm bekas
Taburkn bwg, halia dn daun bwg..taburkn 1 ketul kiub yg dihncurkn
Kukus selama 30 minit
Slps 30 min, angkat dn trus rndam dlm air ais ( utk kekalkn kelembutan)
Rndam lbih kurang 15min
Angkat aym, dn ptg
Air lebihan kukus aym td tuangkn d ats aym..tuang mnyak bijan sdikit

Sos:
Cbai hdup 10biji
2sb bwg ptih kisar
4biji limau nipis ambil air
Halia setgh inchi
Gula dn grm
Sos cili thai

Blend smua bhn dn cmpur sos cili thai
Oleh:Norhamidah Abdul Hamid



 NASI DAGANG TERENGGANU

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

**NASI**
# 4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut
# 1/2 tin santan
# garam dan gula
# 1 sudu besar halba
# bawang dan halia (hiris halus2)
# air

**GULAI IKAN AYE/TONGKOL**
- 1 tin santan
- 1 biji bawang besar ,3 ulas bawang putih ,2 cm halia ,4 cm lengkuas } di'blend'
15-20 tangkai cili kering
-2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros/rempah khas utk kuah nasi dagang
-6 keping asam keping
-garam dan secubit ajinomoto
-gula
- 5-6 biji cili padi
-1 ekor ikan aye/ tongkol
-1 cm belacan (jika perlu)

**ACAR**
-2 batang timun
- 1 batang lobak merah
-1/2 biji bawang besar
-1 biji lada besar
& cuka, garam, gula
-Belimbing buluh 10bj

Cara-cara

NASI: Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukup nya. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas. masukkan gula dan santan yg dibancuh dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan halba, bawang dan halia.

Kuah GULAI IKAN TONGKOL:

Rebus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. (seelok2nya semalaman yg dah di rebus)

Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul. kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan. cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan(kalo tak tumis rempah pon tak apa2.ikut citarasa masing2.). Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam, ajinomoto dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih boleh masukkan belimbing buluh dan masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi.Tunggu sehingga pecah minyak.

ACAR: Timun dan lobak dihiris panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.

*Nasi dagang kelantan boleh dimakan bersama telur rebus & sambal ikan



 RESEPI NASI AYAM SEDAP

Resepi ini adalah untuk sesuai untuk: 4 orang makan

BAHAN-BAHAN:

Bahan untuk ayam (direbus):
1 ekor ayam dipotong 8
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
2 cm halia, ditumbuk halus
1 kiub ayam

Bahan untuk ayam (diperap):
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia, ditumbuk halus
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1 sudu besar kicap cair
Sedikit madu untuk sapuan

Bahan untuk nasi:
3 cawan beras
4 cawan air rebusan ayam
2 sudu besar butter
1 cm halia ditumbuk halus
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
Sedikit garam
2 bunga lawang*
4 buah pelaga*
1 kayu manis*
1 batang serai ketuk
2 helai daun pandan
Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

Bahan untuk sos:
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu besar cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan untuk sup:
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar, dikisar
Rempah sup bunjut
Garam
Daun sup dan daun bawang yg dihiris

Bahan untuk kuah kicap:
Kuah kicap perapan ayam di atas
Kicap manis cap kipas udang
Sedikit garam
Air rebusan ayam

Cara Penyediaan – AYAM:
Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

Cara untuk memasak nasi:
+ Basuh beras dan tos air.
+ Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.
+ Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.

Cara untuk memasak sup:
+ Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa.
+ Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

Cara untuk memasak sos:
+ Kisarkan semua bahan di atas (boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma)

Cara untuk memasak kuah kicap:
Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

TIPS:
Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.



NASI AYAM SINGAPURA
azlita masam manis

Rujukkan : Koleksi Resepi Kek

Bahan Untuk Ayam
1 ekor ayam ~ dipotong empat dan dibersihkan
5 sudu makan gula merah
3 liter air
1/2 inci halia ~ di tumbuk
1 kiub pati ikan bilis ~ ita ganti pati ayam
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk kasar
Madu dan minyak masak secukupnya

Mula-mula kita Rebus ayam dahulu.
Masukkan ayam kedalam periuk bersama kiub ayam, gula merah, air, halia dan bawang putih.
Rebus hingga separuh masak dan diangkat.
Simpan air rebusan untuk memasak nasi dan juga untuk dijadikan sup.

Salutkan ayam yang telah di rebus bersama madu dan minyak masak secukupnya.
Panaskan oven pada suhu 180'c dan bakar selama 10 minit atau sehingga kulit ayam menjadi garing keemasan.
Ayam juga boleh digoreng..salut ayam dengan madu dan goreng dalam minyak panas
Bila dah siap ketepikan
* ayam ni kita bakar atau goreng setelah nasi dan sup kita siap di masak. Makan masa ayam panas-panas memang sedap!

Bahan Nasi Ayam

500 gm beras ~ dibasuh dan ditoskan
2 helai daun pandan
30 gm lemak ayam ~ tak letak sebab dah letak kiub ayam dalam air rebusan tadi
15 gm halia ~ dihiris
Sedikit garam
Air rebusan ayam secukupnya untuk menanak nasi

Untuk nasinya, beras dibasuh serta ditoskan hingga kering.
Panaskan periuk dengan sedikit minyak, tumiskan bawang putih, halia yang dihiris dan daun pandan sehingga berbau wangi.
Kemudian masukkan separuh air rebusan ayam dan beras.
Jika perlu, tambahkan air dan juga sedikit garam.
Tutup periuk dan biarkan sehingga nasi masak.

Bahan Sos Cili

10 biji cili merah
5 ulas bawang putih
6 biji bawang merah
20 gm halia muda
15 gm cili padi
120 gm air limau nipis

Untuk menyediakan sos cili ini ada dua kaedah anda boleh pilih yang mana sedap ikut citarasa.

Kaedah 1
Panaskan sedikit minyak dan gorengkan semua bahan kecuali limau nipis sehingga semuanya layur
Masukkan dalam mesin pengisar, tambahkan sedikit air rebusan ayam , garam dan gula secukup rasa.
Kisar hingga halus
Masukkan dalam mangkuk dan perahkan jus limau

Kaedah 2
Kisar semua bahan kecuali limau nipis
Panaskan sedikit minyak dan masak
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Bila dah masak angkat
masukkan dalam mangkuk dan perahkan jus limau

Bahan Sup
Air rebusan ayam
1 bungkus sup bunjut
Bawang goreng secukupnya
Hirisan daun sup secukupnya

Renehkan semula air rebusan ayam dan tambahkan sup bunjut
Bila menghidang, taburkan daun sup dan daun bawang yang telah di hiris dan taburkan bawang goreng.
 
 Nasi Minyak Terengganu

BAHAN-BAHAN

Bahan nasi

-1 kg beras Siam/beras biasa
-125ml susu cair
-1 biji bawang besar – mayang
-4 ulas bawang putih – mayang
-2cm halia – hiris
-1 helai daun pandan – hiris
-2 sudu besar minyak masak
-2 sudu besar majerin
-1 sudu besar minyak sapi
-1.25liter air
-Garam secukup rasa

Bahan tumis nasi

-1 batang kulit kayu manis
-3 biji buah pelaga
-3 kuntum bunga lawang
-2 kuntum bunga cengkih


Bahan gulai

-1 ekor ayam -potong
-125ml santan pekat
-3 sudu besar rempah kari nasi minyak
-3 sudu besar cili giling
-2 sudu besar kerisik
-3 biji kentang dibelah
-20ml air asam jawa
-Gula melaka, gula, garam dan air secukup rasa.

Bahan kisar gulai

-4 biji bawang merah
-3 ulas bawang putih
-1cm halia
-1cm lengkuas
-1cm kunyit hidup

Bahan tumis gulai

-1 batang kulit kayu manis
-3 kuntum bunga cengkih
-3 biji buah pelaga
-3 kuntum bunga lawang



CARA-CARA

Masak nasi

1. Beras dibersihkan dan tos airnya.
2. Minyak dipanaskan bersama majerin dan minyak sapi.
3. Tumiskan bahan tumis bersama bawang besar, bawang putih, halia dan daun pandan hingga berbau wangi.
4. Masukkan air dan kacau rata, biar mendidih.
5. Setelah mendidih, masukkan beras, susu cair serta garam secukup rasa. Kacau rata dan biarkan nasi masak.

Masak gulai

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis bersama cili giling. Biarkan sehingga naik bau dan garing.
2. Masukkan bahan kisar dan kacau.
3. Apabila garing, masukkan rempah kari yang dibancuh bersama air, kacau rata hingga naik minyak.
4. Setelah itu, masukkan ayam bersama kentang serta air asam jawa dan bairkan masak seketika.
5. Masukkan santan pekat dan kacau sehingga mendidih.
6. Masukkan garam, gula, gula melaka secukupnya dan biarkan mendidih dan pekat kuahnya. Biar dengan api perlahan untuk lembutkan ayam.
7. Dah puas hati, angkat dan hidang bersama nasi minyak, acar dan sambal.
 
 
RESIPI NASI KERABU KUNING

Cara Memasak Nasi Kerabu (Hidangan untuk 10 orang)
Bahan-bahan
½ Kg ikan kembung/Ikan selayang
Sebiji kelapa
½ Kg bawang merah dan lada kering
Sejambak bawang putih
I inci halia
10 batang serai
Sedikit lada hitam
Seikat daun kesom
1 biji mentimun, kacang panjang, bunga kantan, daun serai dan taugeh
3 keping gula melaka(saiz nipis&kecil), 3 keping asam gelugur, sedikit garam, gula dan
perasa ajinimoto
Budu atau sos ikan bilis secukup rasa, daun kunyit dan daun pandan.

Cara Memasak.
a. Nasi
Beras dibasuh dan ditoskan. Masuk sedikit serbuk kunyit, daun kunyit, daun pandan dan daun limau purut di dalam beras yang akan dimasak. Kemudian masaklah seperti biasa.

b. Kuah Tumis
Ambil santan pekat dari sebiji kelapa. Kisar dengan mesin pengisar sehingga halus bahan-bahan berikut iaitu bawang merah, lada kering, bawang putih, halia dan 5 batang serai. Kemudian campurkan bahan yang dikisar halus tadi ke dalam santan pekat. Kacau di atas api yang sederhana. Kemudian, masukkan 3 keping asam gelugur, 3 biji gula Melaka dan sedikit garam ke dalam kuah tumis. Kacau hingga medidih.

c. Sambal Nasi Kerabu
½ biji kelapa dibuat kerisik. Ikan kembung dibakar. Tumbuk bawang merah, bawang putih, serai, halia , lada hitam serta ikan bakar sehingga sebati. Masukkan bahan perasa iaitu 2 keping gula Melaka, sedikit garam dan ajinomoto. Gaul bahan-bahan tadi dengan kerisik kelapa sehingga sebati.

d. Cara Membuat Kerabu
Mentimun, kacang panjang, bunga kantan, taugeh,daun kesom dibasuh sehingga bersih dan dihiris halus. Bahan ini merupakan asas bagi membuat kerabu. Ulam-ulam lain juga boleh dijadikan kerabu.
 
 RESEPI NASI ARAB KABSAH

Bahan-bahan:

1 kg lamb shoulder - potong kiub
3 pot/cwn beras pusa/basmati~ cuci dan rendam 30 minit, toskan
4 pot/cwn @ secukupnya air panas/kuah kambing
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
1 sudu besar rempah kabsa
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)

Homemade Rempah Kabsa

Bahan - bahan:

1 sudu makan bunga cengkih
**1 sudu makan lada hitam
**1 sudu makan jintan manis
**1 sudu makan jintan putih
**2 sudu makan biji ketumbar
**1 sudu makan buah pelaga
**1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods)
**1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:

1. Goreng tanpa minyak (sangan) bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.

2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.

3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

** Didalam resepi asal, halia dicampurkan sekali. Saya tidak masukkan halia sebab rempah2 diatas adalah kering dan boleh disimpan lama. Masukkan halia semasa nak msk makanan.

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.

2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.

3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.

4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.

5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

**sukatan air ni bergantung pada jenis beras dan ambil kira air dari kuah masak lauk tu

*****saya pula masak ayam dalam periuk lain. Beras yang direndam dan ditos, masukkan dalam periuk nasi elektrik. Taburkan karot, capsicum, cili merah dan kismis. Masukkan ayam atau kambing. Sukatan air/kuah ayam dan masukkan dlm periuk beras. Kalau kuah ayam tu tak cukup saya tambah dengan air panas.

Sos:

1 biji tomato ~ hiris
1 biji bawang besar ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.

Cara penyediaan:~

Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur
 
 NASI HUJAN PANAS

Sukatan dari Pak Engku agak banyak, ita dah kurangkan untuk hidangan ita yang tak berapa ramai ni.

3 cawan beras Basmathi ~ rendam dahulu 20 minit kemudian cuci dan toskan
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar butter
2 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
pewarna merah, hijau dan kuning telur
10 gm bawang goreng
garam secukup rasa

Rempah tumis
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji cengkih
3 biji pelaga
1 helai daun pandan di simpul

Bahan ini di goreng tanpa minyak boleh juga jika ingin di bakar dahulu
10 gm badam
10 gm kismis
10 gm gajus

Bahan Kisar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inc halia

Panaskan minyak sapi dan butter
Tumiskan bahan tumis dan daun pandan hingga terbit bau yang harum
Masukkan bahan kisar dan masak hingga terbit minyak
Tambahkan susu cair, air dan garam secukup rasa
Kacau rata
Masukkan nasi
Kemudian masukkan badam, gajus dan kismis
Gaul rata
Tutup periuk nasi dan tanak nasi seperti biasa
Bila nasi dah masak, ambil chopstik dan lubang-lubangkan
Masukkan sedikit pewarna didalam setiap lubang
Tutup semula periuk nasi dan biarkan ia meresap sebentar
Kemudian gemburkan nasi rata
Sedia di hidangkan bersama lauk - pauk yang sesuai

Resepi Oleh : Pak Engku
Rujukan : Resepi Kenduri Khawin
 
 NASI MINYAK HUJAN PANAS

Bahan-bahan:

4 cawan beras basmati
5 cawan air
2 kiub ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah, kuning dan hijau

Bahan tumis:

1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Bahan hias:

bawang goreng
kismis
gajus

Cara-cara:

Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
Masukkan beras dan gaul rata.
Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
Masaklah nasi sehingga masak
Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka....
 
 NASI LEMAK SAMBAL SOTONG

BAHAN-BAHAN NASI LEMAK:

4 cawan beras
4 cawan air
1 cawan santan pekat
1 batang serai besar-dititk
3 cm halia - di potong nipis
2 ulas bawang merah - dipotong kecil
10 biji lada hitam
3 helai daun pandan- disimpul & ikat
1/2 sudu kecil garam - secukup rasa

CARA MEMASAK:

Kupas semua bawang dan halia serta dipotong nipis-nipis . Basuh beras yang diletak dalam periuk nasi dan masukkan air serta santan , masukkan serai , halia , biji lada hitam , bawang merah dan daun pandan serta garam . Kacau bagi mesra semua bahan dan masak nasi seperti biasa guna periuk letrik .

BAHAN-BAHAN SAMBAL SOTONG:

1 kilo sotong
2 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
3 sudu besar gula - boleh ditambah atau kurang
Garam dan air asam jawa secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

BAHAN DIKISAR HALUS:

10biji cili kering - boleh ditambah
5 bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan - dibakar/grill

CARA MEMASAK:

1) Sotong di bersihkan dan dipotong kemudian ditos dan ketepikan dulu.
2)Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau , kemudian masukkan gula , asam jawa , garam dan terus kacau sambal sampai masak dan pecah minyak .
3) Masukkan sotong , bawang besar dan terus kacau lagi sehingga semua bahan menjadi mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api . Sotong ni akan keluarkan sedikit air so tak perlu tambah air untuk kuah xtra. Sambal mesti la cukup semua rasa dan saya memang akan guna extra gula sebab nak bagi balance rasa pedas sambal .Sotong tak perlu dimasak terlalu lama nanti akan jadi agak liat so kacau sambal sampai sotong nampak layu dan boleh la ditutup api dapur.
 
 Resepi Nasi Komok aka Khao Mok Gai aka Nasi Beriani Siam

For the Spice Mix-(REMPAH KOMOK)
2 tsp curry powder (I used a Malaysian meat curry powder)
1 tsp ground turmeric(serbuk kunyit)
1 tsp ground coriander-(serbuk ketumbar)
1/2 tsp ground cumin-(serbuk jintan putih)(Ayu gunakan 1 sudu kecil)
1/2 tsp fennel-(serbuk jintan manis)-(Ayu tambah)
1/2 tsp cinnamon powder-(serbuk kayu manis)-(Ayu gunakan 1/4 sudu kecil aje)
1 tsp salt-(garam)
1 tbsp sugar- (gula)(Ayu gunakan perasa sedikit)

BAHAN-BAHAN
5 cawan beras basmathi
4 sudu minyak sapi
4-5 ulas bawang merah*
1 Inci halia*
4 Ulas bawang putih*
3 batang akar ketumbar-(Ayu gunakan batang yang bawah sekali yang tak berdaun atas akar)
2-3 Sudu rempah komok
200 ml susu cair
1 ekor ayam
8 cawan air

garam secukup rasa
Rempah penumis.-(Ayu gunakan 1 batang kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 3 biji pelaga, 3 biji bunga cengkih)
(*Hiris benda bertanda*)

CARA MEMASAK:-
1. Cuci ayam ( seeloknya di potong 4 saja)
2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.
3.Hiris nipis bahan bertanda *
4.Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi hingga naik bau.
5. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar.
6.Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
7. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit(Ayu tambah sedikit cili kisar, halia kisar, bawang besar kisar, bawang putih kisar). Perap sebentar biar ia mesra. Goreng ayam yang di perap samada garing atau tidak ikut citarasa sendiri.
8. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.
9. Masukkan kuah kedalam periuk nasi dan masukkan susu. biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.
10. Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup dan biarkan ia masak.

BAHAN SOS CILI
1 Cawan air kuah nasi komok* -(sedikit halia dari kuah pun Ayu masukkan)
6 biji cili merah*
segenggam cili padi*-(Ayu tambah)
4 ulas bawang merah-(Ayu tambah)
2 Ulas bawang putih*
4 tangkai daun ketumbar*
gula, garam ,cuka
(secukup rasa)
(Blender semua*)

CARA MENYEDIAKAN:-
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masak hingga agak pekat.
3. Perasakan ia dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
4. Hidang bersama nasi komok.
 
 
 RESEPI NASI AYAM

Bahan-bahannya :
Bahan untuk ayam (direbus) :
● 1 ekor ayam dipotong 8
● 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
● 2 cm halia, ditumbuk halus
● 1 kiub ayam

Bahan untuk ayam (diperap) :
● 1 sudu besar kicap pekat
● 1 sudu besar sos tiram
● 1 cm halia, ditumbuk halus
● 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
● 1 sudu besar kicap cair
● Sedikit madu untuk sapuan

Bahan untuk nasi:
● 3 cawan beras
● 4 cawan air rebusan ayam
● 2 sudu besar butter
● 1 cm halia ditumbuk halus
● 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
● Sedikit garam
● 2 bunga lawang*
● 4 buah pelaga*
● 1 kayu manis*
● 1 batang serai ketuk
● 2 helai daun pandan
● Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

Bahan untuk sos:
● 5 biji cili merah
● 3 ulas bawang putih
● 2 cm halia
● 1 sudu besar cuka
● 1 sudu teh garam
● 1 sudu teh gula
● 1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan untuk sup:
● Air rebusan ayam
● 1 biji bawang besar, dikisar
● Rempah sup bunjut
● Garam
● Daun sup dan daun bawang yg dihiris

Bahan untuk kuah kicap:
● Kuah kicap perapan ayam di atas
● Kicap manis cap kipas udang
● Sedikit garam
● Air rebusan ayam

Cara Penyediaan:
Untuk ayam:
1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

Untuk nasi :
1. Basuh beras dan tos air.
2. Panaskan butter dan tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.

Untuk sup :
1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

Untuk sos :
1. Kisarkan semua bahan di atas.
2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.

Untuk kuah kicap :
Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.


MEE HAILAM

BAHAN-BAHAN:

300gm udang sederhana besar
300gm daging ayam
3 ekor sotong saiz besar
1 peket fish ball
1 peket mee
3-4 cawan air
1-2 sudu besar cili kisar
3-4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos nampla
2 biji telur
Sedikit sayur sawi
Sedikit bunga kobis
1 batang carrot
2 biji tomato masak ranum
Sedikit tepung jagung n air - dibancuh
Garam secukup rasa
Daun sup dan cili merah secukupnya

Cili kering direbus sampai lembut dan kemudian dikisar bersama bawang merah dan bawang putih secukupnya .

CARA-CARA MEMASAK:

- Bersihkan udang dan sotong kemudian tos dan ketepikan kemudian potong isi ayam menjadi ketulan kecil . Potong fish ball kemudian bersihkan semua sayur dan potong ketepikan semua bahan-bahan ni.

- Panaskan sedikit minyak dan tumis cili kisar sampai pecah minyak dan cili masak kemudian masukkan ketulan isi ayam tadi dan kacau sehingga isi ayam masak dan kemudian boleh la dimasukkan air . Masukkan carrot dan bunga kobis tadi biar sampai kuah hampir mendidih . Masukkan semua sos cili, sos tiram , minyak bijan , kicap manis n cair , sos nampla dan kacau semua bahan ni .

-Masukkan semua udang serta sotong dan kacau semua bahan kemudian rasa sama ada cukup semua perisa kalau tak cukup tambah ikut selera masing-masing . Masukkan telur sebiji demi sebiji biar sekejap sampai telur masak dan masukkan sayur sawi , buah tomato dan kacau . Masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air untuk bagi kuah pekat . Kacau semua bahan dan kalau kurang masin baru la ditambah garam .

- Akhir sekali masukkan mee dan kacau semua bahan dan biar kuah mendidih dan boleh la ditutup api dapur .

- Bila nak hidang boleh la ditabur daun sup , cili merah dan juga bawang goreng .
 
MEE GORENG BASAH BERKUAH

Bahan-bahan:
1 kg mee kuning
1 sudu besar bawang putih kisar
4 sudu besar bawang merah kisar
8 sudu besar lada kering kisar - kalau suka pedas boleh tambah beberapa sudu lagi yang korang suke
2 biji tomato - belah 6
Taugeh
Sawi atau kucai
2 biji telur - akak guna putih telur aje ... lebihan buat biskut ari tu, sayang kalau tak digunakan!
Fish cake
Fish ball
Garam
Gula
Serbuk perasa
Kicap manis - agak-agak ler tu seimbangkan rasa manis dan masin
Air atau stok air daging @ udang jika ada
Minyak untuk menumis

Cara penyediaan:
• Panaskan minyak. Tumis semua bahan kisar hingga garing. Masukkan fish cake dan fish ball. Tambah dengan air ikut banyak mana kuah yang kita nak. Jangan terlalu banyak pulak.
• Masukkan garam, gula, serbuk perasa dan kicap manis. Biar sekitika hingga kuah mendidih.
• Masukkan terlur, biar mengeras sedikit dan kacau rata.
• Masukkan sawi, mee dan gaul rata.
• Masukkan taugeh dan tomato, padamkan api. Gaul rata.
• Angkat dan hidangkan dengan taburan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
 
 
 MEE UDANG

Bahan-bahan:

1 kg mee kuning
500 gram udang saiz besar
4 sb lada kering kisar
4 biji bawang merah dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1 sb udang kering - rendam, tos dan kisar
1/2 inci halia kisar
2 sb sos tomato
1 sb sos cili
1 sb petis
2 biji keledek kuning/kentang - rebus dan lenyek lumat
gula
garam
taugeh - celur, toskan
sawi - celur, toskan
2 keping tauhu - goreng, dadu kecil
3 biji telur - rebus, potong 2
bawang goreng
daun bawang - hiris
3 batang cili merah - hiris
3 biji limau kasturi - potong 2

Cara-cara:

Rebus udang hingga masak... tapis keluar udang n asingkan.. Air rebusan jgn buang....
Tumis lada boh hingga garing... Kisar bahan bertanda *... Tumis lak bahan kisar.... hingga betul garing n naik bau....
Masukkan air rebusan udang.. biar kuah mendidih... Masukkan sos tomato, sos cili n petis... Renehkan kuah
Masukkan garam n gula... bergantung pada citarasa masing.... Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama.... Lagi lama lagi sedap....
Letak keledek/kentang yg tlh dilenyek utk memekatkan kuah... Tapi kuah ni dah cukup pekat sbb ada letak sos... so depend masing2lah eh...
Celur mee, taugeh n sawi.... Masukkan udang yg telah direbus tadi... tuang kuah n taburlah dgn daun bawang, bawang goreng, hirisan lada merah, potongan tauhu goreng dan telur rebus. Perahkan jus limau kasturi kalau suka.
 
 
MEE SOTO

Bahan-bahan:

500gm mee kuning (bee hoon pun boleh) - dicelur
100 gm/50 sen taugeh -dibersihkan (kalau ada masa lerr!) dan dicelur
1 ekor ayam (kira-kira 1.5 kg)- dibelah dua atau empat
3-4 liter air
3 sudu makan ketumbar }
3 sudu makan jintan kasar }
2 sudu makan jintan halus } --- disangai & dikisar halus
1 sudu teh serbuk lada putih
1 batang kayu manis
4 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
garam secukup rasa
200 ml minyak untuk menumis
1 biji bawang besar hiris
1 kuib ayam dan 1 sup punjut adabi

Bahan kisar:

3 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
5 cm halia

Bahan sampingan:

secukup daun sup & daun bawang
bawang goreng
bagedil
sambal kicap cili padi
isi ayam (disiat-siat)

Sambal Kicap Cili Padi:

25 biji cili padi merah/cili api
4 ulas bawang putih
125 ml (dalam 1/2 cawan) kicap lemak manis
jus dari perahan 2 biji limau kasturi

Cara:

1. Goreng cili padi dan bawang putih bersama sedikit minyak ..lepas tu meletup tau..cepat-cepat tutup dengan penutup periuk dan padam api.
2. Toskan dan kisar/tumbuk dan perahkan jus limau)

Cara Membuat Kuah Soto:

1. Panaskan minyak di dalam periuk.
2. Tumis bawang besar tadi hingga kuning sedikit. Masukkan rempah tumis (kayu manis, cengkih & pelaga) yang telah dititik.
3. Kemudian, masukkan rempah yang telah dikisar. Kacau hingga garing dan naik baunya.
4. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus, jintan kasar dan lada putih. Kacau hingga rata.
5. Masukkan ayam, air, kiub ayam, rempah sop punjot dan garam. Kacau sekali-sekala dan biarkan hingga mendidih. Kemudian, keluarkan ayam yang telah empuk dari periuk.

Cara Menghidangkan Mee Soto:

Ambil mee/bee hoon lalu bubuhkan dalam mangkuk. Bubuhkan juga taugeh celur.
Tuangkan kuah soto dan taruklah isi ayam yg telah disiat ke atas mee tadi.
Taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng.
Bubuh sebiji bagedil dan sedikit sambal cili padi.

BAGEDIL (PEGEDIL)

Bahan-bahannya:

1 kilo kentang (dikupas kulitnya,dipotong bulat)
250 gram daging cincang (goreng dgn sedikit garam hingga kering)
2 biji putih telur (utk mencelup bagedil, bubuh siket garam)
1/2 cawan bawang goreng
secukup daun sup/daun bawang (dihiris)
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa
secukup minyak utk menggoreng bagedil

Cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng kentang yang telah dipotong bulat dan angkat setelah kentang masak. Toskan. Kemudian tumbuk sehingga lumat.
2. Masukkan daging cincang, serbuk lada putih, daun sup/bawang, bawang goreng, dan garam.
3. Gaul hingga rata dan sebati.
4. Bentukkan bulat-bulat dan celupkan dgn putih telur sebelum digoreng dalam minyak panas.
 
 
 
MEE MAGGI GORENG MAMAK

Bahan-bahan:

360 gm Maggi
(rendam maggi dengan air panas. kejap je.. then toskan jangan bagi kembang sangat tau..kalau terlalu kembang nanti masa goreng hancur lembik2.
*1 biji bawang besar
*6 ulas bawang putih
*segenggam udang kering (kisar semua bahan2 bertanda *)
10 tangkai cili kering(rendam dgn air panas dan kisar)
tauhu
sedikit taugeh dan sawi
udang,kerang,sotong,dada ayam dan daging yang dipotong nipis
kicap manis,sos cili dan sos tiram secukupnya
daun sup dan daun bawang

Untuk hiasan:

bawang goreng
cili merah
daun sup dan daun bawang
telur mata
tomato
timun
limau kasturi/nipis

Cara:

1. Tumis bawang dan bahan kisar tadi sehingga naik bau
2. Bila dah naik bau, masukkan cili kering yang dikisar.
3. Bila dah terbit minyak masukkan sos tiram dan kicap..letak agak2..kalau leh jangan letak garam dulu k.. sebab sos tiram dan kicap nanti dah masin...
4. Masukkan pula daun sup dan daun bawang
5. Kacau rata
6. Masukkan sotong,udang,kerang,isi ayam dan daging
7. Kacau sehingga ayam dan daging nampak kecut..
8. Masukkan tauhu
9. Masukkan Maggi
10. Jangan lupa masukkan taugeh dan sawi..
11. kacau semua sehingga mesra rakyat.hahaha.
12. Kalau colour tak cukup cantik... masukkan sos cili dan kicap lagi..then gaul2... rasa garam...
nak sedap masukkan sket ajinomoto.. tapi kalau nak jaga kesihatan.. xyah letak k.
 
 
 
 MEE GORENG LADA HITAM

Bahan-bahannya:

500 gm mee kuning - basuh dan toskan
500 gm udang saiz sederhana kecil - kupas kulit
450 gm daging - potong kecil, rebus empuk
1 ikat sawi - kerat ikut suka
1 biji tomato - belah dua dan hiris nipis
5 ulas bawang putih - parut/cincang halus
1/2 inci halia muda - parut/cincang halus
2 sb sos tiram
kicap pekat - banyak mana ikut suka, kalau suka mee hitam lebihkan
1-2 sb lada hitam - kisar kasar
1 sk serbuk knorr
secubit garam

Cara-caranya:

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan lada hitam. Bila naik bau masukkan daging. Kacau, kemudian masukkan udang pula.
2. Bila udang sudah kemerahan, masukkan kicap pekat, sos tiram, serbuk knorr dan garam secukup rasa.
3. Bila sudah sebati, masukkan mee kuning, diikuti tomato dan sawi. Gaul kacau secara merata.
4. Bila sudah mesra bolehlah dihidangkan bersama lada jeruk.
 
 
 SIZZLING MEE

Bahan-bahan:-
2 gulung yee mee
Daging ayam (dipotong kecil-kecil)
4 biji cendawan kering (direndam hingga kembang)
5 tangkai cili kering (dipotong-potong 1 inci)
3 inci halia (diketuk)
5 ulas bawang putih (dicincang)
5 batang Sawi(dipotong dan dicelur)
4 sb Kicap pekat - aku main tuang je..x kire bape sudu
4 sb Sos tiram - ni pun same
3 cawan air - klu nk kuah byk letak la lebih
2 bj Telur
1 sb tepung jagung
Serbuk Lada Hitam
Minyak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara-cara:-
1. Panaskan minyak masukkan cili kering, halia dan bawang putih biarkan sehingga naik baunya.
2. Masukkan ayam biarkan beberapa minit dan masukkan lada hitam biarkan sebati.
3. Masukkan kicap pekat, sos tiram biarkan sebati selepas itu masukkan cendawan.
4. Masukkan air dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air, garam secukup rasa dan biarkan mendidih,kemudian tutup api.
5. Panaskan hot plate,masukkan yee mee, masukkan dahulu sedikit kuah tadi.
6. Akhir sekali pecahkan telur ke dalam masakan tadi biarkan sehingga masak.
7. Siramkan lebihan kuah, ke atas mee dan sawi yang telah dicelur.



MEE KARI

Bahan-bahan:
1 bungkus mee
3 peket kecil serbuk kari daging – campur dgn sedikit air.
2 pelepah daun kari
Udang sederhana besar
1 kg Kerang – direbus hingga air mendidih aje, tutup api dan perisikan.(kalau rebus lama, rasa manis kerang akan hilang)
1 mangkuk santan

Bahan tumbuk:
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Segenggam udang geragau/ udang kepal

Bahan hiris:
Isi ayam
Daging
Fish ball

Bahan hiasan:
Tauhu – goreng dan hiris.
3 pokok sawi
Cili merah
Daun sup/daun bwg
Tauhu khas utk mee kari – optional.
Taugeh

Cara memasak:
1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan serbuk kari dan daun kari. Tumis hingga kari betul2 masak.
2. Masukkan daging dan ayam, gaul hingga daging layu. Masukkan santan dan air secukupnya. Biar hingga mendidih. (Kalau lebih suka lemak, boleh tambah santan).
3. Masukkan fish ball dan kerang. Biar mendidih dan daging empuk.
4. Akhir sekali masukkan udang, garam dan serbuk perasa. Masak sebentar sahaja utk mengekalkan manis udang.
5. Didihkan air dlm periuk berasingan. Sementara tu cuci mee 3 kali utk buang rasa kapur mee. Toskan. Masukkan dlm besen dan tuang air mendidih tadi. Gaul 2 minit je dan toskan.
6. Celur juga sayur sawi dan taugeh secara berasingan.
7. Hidangkan.
** Jangan masak sayur sekali dlm kuah kari. Nanti kuah cepat basi. Kalau takde sayur dlm kuah tu, kuah boleh bertahan lama.